Tuesday , 21 November 2017
Home » Sharing » Fakta Tentang Tidur

Fakta Tentang Tidur

Kali ini puteri nak kongsikan dengan korang beberapa fakta menarik tentang tidur. Ada antara kita yang suka tidur awal dan ada juga yang suka tidur lewat. Malah ada juga yang terlebih tidur mahupun terkurang tidur.

Ramai yang beranggapan waktu tidur adalah untuk merehatkan tubuh badan sahaja namun sebenarnya tidur mempunyai fungsi yang lebih dari itu. Β Tidur yang tidak cukup boleh membuatkan hormon stress seseorang meningkat malah juga meningkatkan risiko masalah jantung.

Fakta Menarik Tenang Tidur :

1) Ketika kita tidur, otak akan berehat dan sel-sel rosak akan diperbaiki.

2) Ketika kita sedang tidur nyenyak, nafas, degupan jantung dan tekanan darah akan berada pada tahap paling rendah.

3) Walaupun kita sedang tidur nyenyak, beberapa bahagian tubuh kita masih dalam keadaan sedar sebab itu kita masih boleh mendengar bunyi di sekeliling contohnya mendengar bunyi jam loceng. (untuk yang kes tidur mati tu..memang tak dengar pape pun kecuali kalau kita siram dengan air..hehe)

4) suhu badan kita akan menurun menjelang pagi dan akan meningkat semula ketika matahari terbit.

5) Purata kita akan terjaga kira-kira 6 kali setiap kali kita tidur.

6) Mereka yang mengidap insomnia biasanya dari golongan wanita dan orang tua.

7) Ketika kita sedang bermimpi, otak sebenarnya sedang bekerja mencari pengalaman yang sama ketika kita dalam keadaan sedar.

8) Kebiasaannya kita akan bermimpi tentang orang yang pernah kita lihat, tidak kira kita kenal mereka ataupun tidak.

9) Hampir 70% dari mimpi orang lelaki adalah berkaitan lelaki lain dan 30% tentang wanita. Manakala mimpi seorang wanita adalah berkaitan 50% lelaki dan 50% wanita. (kenapa orang lelaki lebih bermimpi tentang lelaki lain? pelik ni..)

10) Manusia boleh hidup lebih kurang 14 hari tanpa makanan namun manusia hanya boleh bertahan 10 hari tanpa tidur.

11) Mamalia yang paling lama tidur adalah koala iaitu selama 22 jam dan mamalia yang paling kurang tidur adalah zirafah yang memerluka hanya 2 jam untuk tidur.

p/s time hujan memang best tidur kan..hehe

 

 

 

(Visited 357 times, 1 visits today)
ARTIKEL POPULAR HARI INI
loading...

52 comments

  1. Secara purata saya bangun sekali aja iaitu bangun solat subuh, yang lain tuh kalau puteri saya meragam baru saya bangun, kalau ada orang main mercun or main kompang pun tak menjadi masalah :P. Apapun thanks puteri atas info tuh.

    • siapa yang nak main kompang time orang tengah tido tu πŸ˜› hehe

      • hahahahahah…contohnya la…mohon tuan puteri senaraikan jumlah masa yang tidur mengikut umur dan jantina! πŸ™‚

        • jumlah masa yang diperlukan untuk tidur sebenarnya terpulang pada individu tu juga…ada yang perlu masa yang singkat..ada pula yang perlu masa yang lebih lama..anggaran 6 ke 8 jam tu dikira tidur yang cukup πŸ™‚

  2. beberapa ketika ayie mudah mengantuk awal malam lepas isyak dah berat jer kepala nk tido…tapi lepas tu terjaga semula selang beberapa jam…ermm

    skrg nih mmg musim hujan…kalau tido memang best hehe

  3. kalau tak cukup tido rasa lemah jer badan. tapi kalau terlebih tido pun lemau juga badan rasanya

  4. fakta yang menarik….tidur pun xblh terlebih n xblh terkurang,kalau x semacam je rasa…:)

  5. yang akak tahu kalau dah tido amatlah susah akak nak banguh hehhee

  6. comelnya baby tu tidur πŸ™‚

    erm badan penat kalo dah tido gempa bumi pun xsedar πŸ˜› hehe

  7. saya pula tidur 4-5 jam saja sehari. Sejak mula sibuk bekerja, sudah kurang merasai betapa sedapnya tertidur lama.

  8. Waa..menarik niy..(“,)..erm, aiN sekarang senang nak bangon pagi alhamdulillah..maybe dapat tidur dgn nyenyak nyer..

  9. jarang pula mimpi lelaki lain.. mimpi gi berjalan2 je banyakla

  10. patut tengok zirafah kat zoo tak pernah tdo

  11. yer betul tu azie πŸ™‚

  12. Sy suke tdo.tp terlebih tdo pon x elok kn. Berkenaan lelaki byk mimpikan lelaki lain agak pelik tu.hehe.

  13. sekarangni saya ada masalah susah nak tidur malam..tak tahulah apa puncanya..

  14. haha..no 9 tu pelik juga tu…selalu MB mimpi gadis-gadis je….

  15. teringat lecturer sy cakap semalam sis..

    “masa yg paling elok utk manusia ni tido adalah 6 jam sehari. tapi kalau kamu tido 10 jam sehari tu, bukan manusia dah tu. itu keldai tido 10 jam sehari”

    hahaha. nasib baik sy bukan keldai. haha!

  16. HP paling lama tak tidur selama 3 hari jer.hehehe

  17. yg penting, tdo tu best. kih3…

  18. ye ke yang no 10 tu, mat jo pernah 2 ari tak tido, lepas dapat tido, macam orang koma je, ahaks

  19. fakta2 yg menarik,biasanya kebanyakan org suka tidur.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *