Thursday , 19 October 2017
Home » berita » Budak Maut Dihempap Televisyen

Budak Maut Dihempap Televisyen

                  sumber google

Seorang budak lelaki yang berusia dua tahun maut akibat dihempap televisyen dirumahnya. Mangsa Halif Hariz Khairil Anuar dikatakan telah menarik sebuah laci rak televisyen di bilik tidurnya menyebabkan televisyen 29 inci condong ke depan dan menghempapnya.

Ibu mangsa yang turut berada di bilik itu, terdengar bunyi benda jatuh dan apabila dia menoleh, dia mendapati anaknya telah dihempap dengan televisyen. Halif Hariz mengalami kecederaan yang serius dan meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Ampang kira-kira pukul 1.50 petang tadi. (sumber)

Negeri je baca berita ni. Kesian budak tu kan. Namun dah ajal dia. Takziah puteri ucapkan kepada keluarga arwah Halif Hariz.

Masih ingat lagi masa puteri kecik dulu, waktu tu tengah main kejar-kejar ngan sepupu-sepupu kat rumah nenek. Entah macam mana seorang adik sepupu puteri tertarik peti sejuk masa tengah lari. Nasib baik peti sejuk yang hempap ke lantai tu tak hempap atas dia..

p/s malang tidak berbau kan

 

(Visited 63 times, 1 visits today)
ARTIKEL POPULAR HARI INI
loading...

41 comments

  1. sedih nya..ermmm…

    kalau dah ajal..mcm sebab boleh jadi penyebabnya…

    apapun ibubapa kena awasi selalu anak2 mereka…selalu tgok2 kan mereka terutama anak2 yg masih sekecil itu…

    x boleh leka…takziah pd keluarga tersebut.

    • tulah memang sedih…

      ha ah ibu bapa ataupun sesiapa sahaja kena peka kepada keadaan sekeliling..kerana benda yang kita guna hari-hari pun boleh membawa maut jika kita tidak berhati hati kan

      namun apakan daya bila dah ajal

  2. mungkin baby tu tarik skali kain alas tv yg menutup laci agaknya.. takziah kpd keluarga mangsa…

  3. TV 29″ kalau jenis lama memang berat
    tapi sepatutnya ada disertakan pengikat ke meja
    yg mana selalunya tidak di pasang.

  4. ajal dia dihempap TV….takziah utk keluarga mangsa..kita amek sbg pengajaran apa yg berlaku…

  5. Takziah kpd keluarga mangsa… bahaya btul… semoga kita beringat & buat pengajaran…

  6. takziah pada keluarga mangsa….:)

  7. akak juga baca dan juga ada postkan cerita yg sama kat blog…

    kita kena sering pantau anak2

  8. budak2 kecik ni kena diperhatikan sepanjang masa.. apa2 bleh jadi. huhu. takziah buat keluarga mangsa.. huhu

  9. Tu la, dengar radio pg td..sedih rase..

  10. aik , camna peti ais yang besar gedabak tu boleh terbalik puteri ?

    • kan dulu peti ais selalu diorang letak macam atas batu bukan macam peti ais sekarang..agaknya kaki peti ais tu tak stabil ke apa…tu yang bila tarik je terus terbalik…huhu

  11. tv 29 inci jenis lama memang sgt berat, kalau seorang memang tidak mampu nak angkat, dua orang pun masih susah nak angkat…mungkin sebab itu, TV sekarang ni jenis nipis dan tidak berat, takziah utk keluarga mangsa

  12. jadi, elok la beli tv kecil je, untuk mengelakkan sesuatu kejadian yang tidak diingini (jimat cikit, ahaks), apapun, takziah buat keluarga mangsa

  13. yang belum kahwin atau dah kahwin tu biarlah kejadian ini dijadikan iktibar agar lebih berhati-hati bila meletakkan sesuatu peralatan rumah terutama jenis yang berat agar tidak membawa malapetaka terhadap anak2 kecil.

    Takziah Untuk Keluarga Mangsa

  14. tulah malang tak berbau kan

  15. aduhh..mcm mana la perasaan bdk kcik tu yg kna masa tu..huhu..sakit tu..

    takziah pd keluarganya,..~

  16. sebelum ni kes camni dah pernah jadi..hurm semoga menjadi iktibar buat kita semua..takziah buat keluarga mangsa

  17. takziah kepada keluarga mangsa .. kisah segini wajar dijadikan pengajaran dan pembelajaran.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *