Sunday , 20 August 2017
Home » berita » Bintang Popular Didakwa Hina Bendera

Bintang Popular Didakwa Hina Bendera

Shah Rukh Khan Didakwa Hina Bendera India | Baru-baru ini kecoh di negara kita bila segelintir rakyat yang minda mereka masih ‘dijajah’ merosakkan malam kemerdekaan dengan menghina pemimpin dan juga negara.

Walaupun perkara ini dah beberapa minggu berlalu namun ia tetap memberikan kesan dan menunjukkan masih ada rakyat di luar sana yang masih tidak mensyukuri istilah ‘kemerdekaan’ yang kita miliki.

Lupakan seketika peristiwa hitam malam kemerdekaan itu. Tadi puteri terbaca pula mengenai pelakon terkenal Shah Rukh Khan yang didakwa telah menghina bendera negaranya sendiri.

Shah Rukh Khan dikatakan telah mempermainkan bendera India dalam satu videoklip yang dimuat naik dilaman youtube. Kes tersebut dikatakan telah dibawa ke mahkamah. Malah pihak polis telah mengesan beberapa bahan bukti antaranya foto dan video untuk tujuan pendakwaan.

Sebagai rakyat sesebuah negara, walaupun kita tidak suka dengan cara pemerintahan atau tidak berpuas hati dengan apa sekalipun, kita tetap perlu menghormati bendera yang menjadi lambang sesebuah negara.

Bukankah sejak kecil lagi kita telah diajar untuk menghormati?

p/s dah sampai masanya untuk kembali fokus ^_^

 

(Visited 56 times, 1 visits today)
ARTIKEL POPULAR HARI INI
loading...

25 comments

  1. Nasib baik Negara kita tak ada artis yg macam ni..

  2. tunggu ajelah apap keputusan nanti… lain kali nak buat sesuatu pikir dulu

  3. kasi pancung sama dia. hik3

  4. tu la rakyat kita tak reti nak menghargai nikmat merdeka…nanti nak pi merket, nak lepak kedai mamak pun x bole baru tau la betapa azabnya bila negara x aman..

  5. haih.. tak suke ke apa jgn la smpai melibatkan bendera kan sis.. huhu.. sedih betul dgn org2 skrg ni.. huhu

  6. entah la..tak pernah fikir sebelum bertindak kot..huhu

  7. orang fitnah SRK jer kot? maklum laa org popular mmg ramai org tak senang dan nk tgok dia jatuh…ermm

  8. owh, x sure sbb sy blom baca citer pasal artis ni wt hal, erkk…

  9. apa sebabnya SRK hina bendera negara dia tu sendiri ye..? mesti ada benda yang dia tak puas hati tu kan..

  10. Tak kiralah parti apa pun nak join atau berkempen…tetapi bendera negara hendaklah disanjung tinggi oleh semua pihak.

  11. mungkin diorg akan hargai kemerdekaan bila negara kembali dijajah agknya..

  12. mmg tak patut la nak hina bendera negara sendiri..nak main politik pun tak payah la smpi camtu sekali..kan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *