Friday , 15 December 2017
Home » berita » Bayi Dicampak Dari Pangsapuri Di Petaling Jaya

Bayi Dicampak Dari Pangsapuri Di Petaling Jaya

 Bayi Perempuan Ditemui Mati Dicampak Dari Pangsapuri | Mayat seorang bayi perempuan yang dipercayai telah dicampak dari tingkat tiga ditemui di tempat letak kereta di Pangsapuri Desa Mentari, Petaling Jaya kira-kira pukul 11 pagi semalam.

Bayi malang yang baru lahir dikatakan berkulit cerah ditemui oleh seorang lelaki yang ingin mengambil motosikalnya kira-kira dua meter dari tempat kejadian.

Menurut lelaki yang bernama Jundi Mat, beliau terdengar bunyi seperti ada objek yang jatuh dibelakangnya. Mula-mula beliau agak musykil dan menyangkakan kemungkinan ianya cuma anak patung. Jadi beliau bertindak memanggil individu lain dan setelah mengesahkan objek itu adalah seorang bayi, mereka bertindak menghubungi polis.

Seorang wanita berusia dalam lingkungan 20an telah ditahan kerana dipercayai terlibat membuang bayi malang itu dari tingkat tiga.

                              sumber google

Kelu seketika bila membaca kes-kes sebegini. Kes buang bayi semakin menjadi-jadi di negara kita. Malah apa yang lebih menyayat hati bila bayi yang tak berdosa dibuang dengan cara yang begitu kejam seumpama sampah yang tidak ternilai.

Setahu Puteri ini bukan kes pertama seumpama ini. Tidak lama dulu pun ada juga kes buang bayi dari tingkat atas yang telah menyebabkan tempurung kepala bayi itu pecah.

Kemana hilangnya perasaan kasih sayang dalam diri seorang manusia sehingga tergamak membuang bayi yang tak berdosa?

p/s sebak bila membaca cerita-cerita sebegini.

 

(Visited 78 times, 1 visits today)
ARTIKEL POPULAR HARI INI
loading...

36 comments

  1. aah betul tu…ni bukan kes pertama kali masih terbayang lagi baby yg dicampak dari tingkat lima kalau tak silap ayie…

    sedih laa….ermm

  2. ingatkan takde lagi kes macam ni.. huhu.. mcm campak anak patung je.. =(

  3. Allahu akbar… kesian baby tu… 🙁

    Moga Allah beri petunjuk kepada mereka yang melakukan kekejaman… Amin…

  4. Waktu terbaca berkenaan berita ni, memang kelu terasa lidah tak tahu nak berkata apa, sudah hilangkah perikemanusiaan dalam diri ibunya sehingga sanggup mencampakkan bayi itu dari tingkat tiga…

  5. manusia semakin kejam dan hilang sifat2 perikemanusiaan

  6. campaklah emas ke berlian ke duit ke..

  7. kejam giler kes cmni…

  8. Teruknyaaaaa.. Kesian bayi tersebut. Huhu

  9. memang marah dah sedih baca cerita macam ni..bayi yang tak berdosa menjadi mangsa 🙁

  10. Sebak,sedih dan geram bila membaca berita ini. Dimanakah nilai kasih sayang seorang ibu kepada anak. Binatang pun sayangkan anaknya .

  11. meroyan ke apa ni? kejam betul!!!

  12. Memang kejam la ..