sekadar hiasan
Bayi Disembunyikan Dalam Beg Galas | Seorang pelajar yang berusia 16 tahun dikatakan telah melahirkan anak di asrama sekolahnya dan kemudiannya menyembunyikan bayi tersebut dalam sebuah beg galas.
Alahai macam-macam berita sekarang ni kan. Bilalah para pelajar nak sedar akan tanggungjawab mereka kepada ibu dan bapa untuk menumpukan perhatian pada pelajaran dan menjaga maruah diri dan keluarga.
Mengikut cerita yang puteri baca, pelajar dari Kuala Terengganu ini mengadu sakit perut dan di hantar untuk mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah. Dia kemudiannya mengadu kepada doktor bahawa dia baru melahirkan seorang bayi perempuan. Pelajar itu turut memberitahu bahawa mayat bayinya telah disembunyikan dalam beg galas dan telah diberi kepada seorang rakannya untuk di simpan tanpa memberitahu isi kandungan beg itu.
Mayat bayi yang dikatakan ada kesan lebam pada bahagian kepala dan terdapat air dalam paru-paru juga mengalami pendarahan yang teruk dijumpai dalam beg galas yang dibawa rakannya ke hospital.
p/s kesian bayi yang tak berdosa tu kan
giler btul kes ni…
sangat giler
kes2 pembuangan bayi memang selalu kita dengar…memang menyayat hati…ermmm
ha ah sangat menyayat hati π
…sesuatu perlu di lakukan…supaya kejadian seperti itu tak semakin berleluasa…
tulah…sedih je bila baca kes-kes camni
makin menjadi-jadi kes buang bayi sekarang ni kan..
ha ah la..sian bayi tu kan π
ish2.. mcm2 la org skrg nh.. huhu
tulah..hurmm
budak2 zaman skrg ni sis.. xtau la nk ckp macam mane.. huhu
tulah aisya…macam-macam kes diorang ni kan
cerita tentang bayi ni membautkan uncle cepat tersentuh…apa nak jadi dunia sekarang nih? orang yang menharapak zuriat…menangis siang malam berdoa…tapi ada yg dapat..dibuang-buang pulak..
tulah uncle…diorang ni kalau tak nak anak tu..elok diberikan kepada yang nak sangat mendapat zuriat. ini tak..diorang bunuh pula….kejam
sedih dan marah !
ha ah kan bro…kadang-kadang tak tau nak cakap apa dah tentang ni
akhir zaman…. kesian semuanya… baik bayi… budak sekolah tu… kesian umat bangsa aku…
hurmm macam-macam kes dah sekarang ni kan
dai d pukul klu tak masakan ada kesan2 lembam..?
tulah…kesian kan bayi tu
takut bila baca berita macam ni,
ha ah..merisaukan gak
kroniknya..jika didikan yg betul pastinya perkara ini x terjadik..
betul tu…anak-anak sekarang macam dah kurang didikan..hurmm
ish..kesian nye..~
tulah kesian kan
tulah…memang kejam kan
Dimanakah sifat perikemanusiaan mereka???
manusia dah semakin hilang sifat perikemanusiaan kan
sanggupkan.. kesian bayi yg tak berdosa..
bertambah2 dosa..
tulah..sian bayi tu π
takde tempat lain ke nak simpan?? grr..
tak sepatutnya di simpan