AWAL DAN SCHA MINTA MAAF PADA PEMINAT | Awal dan Scha terpaksa memohon maaf kepada semua peminat-peminat mereka kerana majlis perkahwinan mereka tidak bersiaran secara langsung seperti yang dijanjikan oleh stesen televisyen yang mendapat hak penyiaran eksklusif iaitu Astro.
Ramai peminat-peminat yang meluahkan rasa tidak puas hati di laman-laman sosial kerana tidak dapat menonton majlis perkahwinan Awal dan Scha dan sekaligus tidak dapat berkongsi saat kebahagiaan pasangan artis itu.
Menurut Awal, dia mendapat tahu mengenail hal ini dari luahan peminat di twitter, ketika itu Awal sedang bersiap untuk majlis berinai. Namun apakan daya perkara itu berada di luar kawalan Awal dan Scha.
Awal dan Scha berasa bersalah kerana sejak awal-awal lagi mereka telah memberitahu kepada peminat-peminat untuk tidak ketinggalan menyaksikan majlis perkahwinan mereka secara langsung namun sayangnya pihak Astro menghadapi masalah teknikal dan perkara itu tidak dapat diatasi dengan segera.
Scha pula mengharap agar peminat memahami situasi yang telah berlaku.
Kata orang sebagai manusia kita hanya mampu merancang namun segalanya ditentukan olehNYA.
Puteri yakin peminat-peminat Awal dan Scha pasti memahami situasi yang telah berlaku dan akan memaafkan pasangan yang baru bergelar suami isteri itu. Lagipun bukan salah mereka kan.
GAMBAR PERKAHWINAN AWAL DAN SCHA
SUMBER
kesian peminat awal dan scha tak dapat menonton siaran langsung kerana beberapa masalah teknikal…
tulah..puteri yakin semalam ramai dah yang duduk depan tv
siaran tertunda ada x
mungkin ada kot
oic, xpe laa nanti msti astro siarankan jgak 🙂
tapi tak sama macam live kan…hikk
kt twitter semalam pun ramai yg frust sebab xdpt tgk majlis diorg ni..
tulah…tapi nak wat camna kan..kesilapan teknikal
tahniah buat mereka
🙂
Kesian para peminat Scha dan Awal tak dapat nak tengok secara langsung 😀 Banyak pulak orang marah kat FB dan Twitter semalam 😀
tulah..tapi nak buat cmna kan…bukan salah mereka
takpe kan ke astro selalu ulang tayang program dia esok lusa ada la tu kot 🙂
tulah..tapi feel tak sama cam live kan
xperla..janji dh selesai urusan..
tulah kan 🙂
ha ah..kesilapan teknikal 🙂
ohhh..patut ramai kecewa..xpala, nnti ada ulangannn jgk
rasanya ulangan dah ditayangkan kot
bukan mudah nk diadakan siaran langsung..perlu ada penaja..
ada masalah teknikal di pihak astro
bagi aku diorang tak perlu minta maaf. haha..itu hak diorang. bukan hak peminat.haha..
diorang rasa bersalah je kot