Isteri Nabil Raja Lawak Hamil

Nabil Bakal Bergelar Bapa | Zira, isteri kepada Nabil Raja Lawak telah disahkan hamil lima minggu. Berita baik ini pastinya membawa kegembiraan pada Nabil sekeluarga dan juga kepada para peminatnya.

Menurut Zira pada awalnya dia berasa tidak sedap badan dan meminta Nabil untuk membeli kit ujian kehamilan dan dia bersyukur apabila keputusan yang diterimanya positif. Namun Nabil kemudiannya membawa isterinya ke klinik untuk pengesahan.

Nabil dikatakan sangat teruja kerana bakal bergelar bapa dan kehadiran seorang cahaya mata memang amat mereka nantikan.

Tahniah kepada Nabil dan isterinya. Semoga dengan kehadiran bayi itu kelak, bakal menceriakan lagi rumahtangga mereka.

(Visited 67 times, 1 visits today)
ARTIKEL POPULAR HARI INI
loading...

13 thoughts on “Isteri Nabil Raja Lawak Hamil

Comments are closed.