Sunday , 20 August 2017
Home » berita » Bayi Mati Di Pijak Bapa

Bayi Mati Di Pijak Bapa

Bayi Dua Minggu Mati Dipijak Ayah Kandung | Alahai, berita sadis ini betul-betul mengejutkan puteri. Sanggup seorang bapa memijak anaknya sendiri hanya kerana bertengkar dengan isterinya

Menurut sumber, semasa kejadian itu, suspek yang berusia 40an dan bekerja dengan syarikat  mengumpul barang lusuh bertengkar dengan isterinya yang berusia 30an. Namun setelah ditegur oleh adik iparnya, lelaki itu naik berang dan terus mencapai parang dan menyerang adik iparnya.

Suspek kemudiannya memijak bayi lelakinya yang berusia dua minggu hingga menyebabkan bayi berkenaan mengalami kecederaan organ dalaman.

Bayi tersebut kemudiannya dikejarkan ke Hospital Tanjung Malim (HTM) untuk mendapatkan rawatan tetapi disahkan meninggal dunia sebelum mayatnya dipindahkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk dibedah siasat.

Apalah dosa bayi itu sehingga sanggup di layan sebegitu. Kemana hilangnya pertimbangan seseorang manusia? Bila diri di kuasai amarah maka lenyaplah segala pertimbangan akal yang waras.

 

(Visited 32 times, 1 visits today)
ARTIKEL POPULAR HARI INI
loading...

16 comments

  1. bapa apa la yg sanggup buat smpai macam tu sekali.. T_T

  2. ishhh mesti mabuk samsu nih..tunjuk jaguh kononnya garang cam resaksa.sanggup pijak anak…moga ke tali gantung lah kamuuuu

  3. bila amarah menguasai diri, kita mudah ilang kawalan…

  4. sedihnya….betapa derita nya baby tu kena pijak?

    sedih betul laa…

  5. cuba kita pijak die ramai2 lak..mmg x msuk akal apa yg die buat tu..

  6. kejam sgt bapa tu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *