Tuesday , 27 June 2017
Home » berita » Bayi Ditemui Atas Bonet Kereta Dekat Masjid

Bayi Ditemui Atas Bonet Kereta Dekat Masjid

Bayi Ditinggalkan Atas Bonet Kereta Dekat Masjid | Seorang bayi perempuan di temui dalam kotak polisterin putih dalam keadaan berpeluh dan sedang menangis. Kotak polisterin tersebut ditinggalkan di atas bonet sebuah kereta Honda Civic milik seorang lelaki yang bernama Abd Rashid di sebuah masjid di Parit Pechah, Parit Jawa

Menurut Abd Rashid, beliau menyangkakan ada orang yang menghantar barang namun selepas membuka kotak tersebut beliau sangat terkejut  bila mendapati seorang bayi perempuan yang di balut dengan tuala berada dalam satu beg hitam yang terdapat dalam kotak polisterin tersebut.

Kejadian tersebut berlaku sekitar jam 6.30 pagi ketika Abd Rashid menghampiri keretanya untuk pulang ke rumah selepas selesai menunaikan solat subuh di masjid berkenaan.

Dia kemudian segera memanggil jemaah lain yang masih berada dalam masjid untuk memaklumkan mengenai penemuan bayi ini. Turut dijumpai dalam beg itu ialah sekeping kertas mengandungi nama bayi berkenaan iaitu Salamiah Hasanah Khairulanam dan ibunya, Sri Susanti serta pesanan mengatakan tidak mampu memelihara bayi itu dan akan menunggunya di Jakarta, Indonesia.

Abd Rashid kemudian membawa bayi itu masuk ke dalam masjid supaya tidak kesejukan sebelum membuat laporan di Balai Polis Parit Jawa.

Bayi perempuan yang dikatakan baru beberapa hari dilahirkan itu kemudian dibawa ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) untuk pemeriksaan lanjut.

Pihak polis kini sedang giat mengesan individu yang bertanggungjawab membuang bayi itu. Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung penemuan bayi itu boleh menghubungi IPD Muar atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Alahai apa dosanya bayi itu sehingga ada insan yang tergamak membuangnya begitu sahaja. Apa perasaan anak yang tak berdosa itu apabila dia besar nanti, sekiranya dia mendapat tahu bahawa dia pernah dibuang oleh ibu bapanya sendiri.

SUMBER

(Visited 91 times, 1 visits today)
ARTIKEL POPULAR HARI INI
loading...

10 comments

  1. sedih juga kerana kemiskinan hidup sanggup meninggalkan bayi..

  2. kejadian yg tak lagi mengemparkan sbb dah selalu dengar berita mcm nih…

    apapun bersyukur bayi tak berdosa itu masih bernyawa utk melihat dunia….

  3. tak tau nak cakap apa dah..manusia sekarang lagi zalim dari firaun dulu 🙁

  4. at least tak campak baby tu kat mana2.. huhu.. kesian baby tu dan mak dia.. huhu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *