Wednesday , 24 May 2017
Home » berita » Banglo Adinda Sultan Selangor Dirompak

Banglo Adinda Sultan Selangor Dirompak

Banglo Adinda Sultan Selangor Dipecah Masuk | Rumah Adinda Sultan Selangor Dirompak | Banglo milik adinda kepada Sultan Selangor di Lorong Duta 1, Jalan Duta dipecah masuk oleh dua penjenayah warga Indonesia.

Penjenayah terbabit dipercayai memecah masuk banglo tiga tingkat itu menerusi tingkap depan sebelum mengikat empat pembantu rumah yang ketika itu sedang tidur dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 5 pagi itu.

Semasa kejadian, kerabat Sultan Selangor serta ahli keluarganya difahamkan berada di luar negara.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, suspek bersenjatakan pisau ketika memecah masuk kediaman tersebut.

Pembantu rumah berkenaan diugut untuk dicederakan dan tangan dua pembantu rumah lelaki juga diikat. Kesemua mereka dikumpul dan dikurung dalam sebuah bilik.

Suspek kemudian sempat menggeledah bilik-bilik di banglo mewah itu dan polis ketika ini masih mengesan barang berharga yang hilang.

Banyak betul kes rompakan sejak kebelakangan ini yang melibatkan selebriti dan orang kenamaan.

 

(Visited 35 times, 1 visits today)
ARTIKEL POPULAR HARI INI
loading...

8 comments

  1. diorg dh lama target ni kn…

  2. rumah besar2 camtu memang ramai yang berkenan kan 😀

  3. lebih kurang sama mcm yg berlaku pd mawi sekeluarga tempoh hari…diikat dan dirompak…ntah2 perompak yg sama tak??? ermm

  4. kite org biasa ni pun ramai yg rumah kena pecah masuk.. apatah lg org2 kenamaan dgn artis ni.. huhu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *