Tuesday , 27 June 2017
Home » berita » Annuar Musa Bersalah, Digantung 2 Tahun 6 Bulan Oleh FAM

Annuar Musa Bersalah, Digantung 2 Tahun 6 Bulan Oleh FAM

Annuar Musa Bersalah | FAM Putuskan Annuar Musa Bersalah | Annuar Musa Di Gantung 2 Tahun 6 Bulan | Jawatankuasa Tatatertib memutuskan Tan Sri Annuar Musa bersalah dan digantung untuk tempoh dua tahun setengah berkuatkuasa semalam atas dua tuduhan yang dikenakan ke atasnya iaitu  pertuduhan pertama, ia membabitkan kesalahan mengeluarkan kenyataan media, manakala pertuduhan kedua membabitkan pelanggaran titah Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Ahmad Shah.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Taufik Abdul Razak, pertuduhan pertama dikenakan hukuman penggantungan 2 tahun, manakala pertuduhan kedua untuk tempoh enam bulan.

Mengikut penggantungan itu, Annuar tidak dibenarkan terbabit dalam aktiviti sukan bola sepak di negara ini sama ada di peringkat kebangsaan mahu pun di peringkat negeri.

SUMBER

(Visited 37 times, 1 visits today)
ARTIKEL POPULAR HARI INI
loading...

8 comments

  1. disebabkan kesalahn bercakap pd media…persatuan bola sepak kehilangan 2 thn setengah seorg yg telah membawa kelantan jadi pasukan bola sepak yg gah…

    adakah berbaloi?

    • hurmm entahlah..tak tahu nak salahkan siapa…cuma harap isu dalaman seperti ini tak menggangu gugat industri bola sepak tanahair

  2. berat jugak eh kalau tersilap cakap depan media.. yela, maybe sebab boleh timbul salah paham ape sume kot..

  3. ni yg dipanggil jerat dh siap awal2 tapi kita jaa x nampak…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *