Monday , 18 June 2018
Home » Hiburan » Lagu Bawaku Pergi Ada Unsur Negatif?

Lagu Bawaku Pergi Ada Unsur Negatif?

Lagu Bawaku Pergi | Isu Lagu Bawaku Pergi | Lirik Lagu Bawaku Pergi | Lagu Bawaku Pergi Di Haramkan | Baru-baru ini kecoh bila ada yang mengatakan bahawa lirik lagu ‘Bawaku Pergi’ nyanyian Zizan dan Kaka yang dihasilkan oleh Malique perlu diharamkan kerana membawa unsur  negatif yang boleh mendorong remaja melarikan diri dari rumah.

Pengharaman lagu ini nanti pasti akan memberi kesan pada penyanyi dan pencipta lagunya. Juga turut akan memberi kesan pada industri muzik tanahair.

Jom kita hayati lagu dan liriknya dulu

Menurut Malique lagu Bawaku Pergi adalah susulan kepada lagu Pergi Jauh. Berikut adalah petikan kata-kata Malique yang di ambil dari sumber

Pada tahun 1998, saya menulis lagu PERGI JAUH untuk isteri saya. Lagu itu berkisarkan kami yang berangan-angan untuk pergi bercuti di tepi pantai Bali. Pada tahun 2012 pula, saya menulis lagu BAWAKU PERGI sebagai susulan kepada lagu PERGI JAUH. Lagu ini berkisar mengenai kehidupan saya yang setelah beberapa tahun berkahwin tapi masih sibuk dengan kerja dan jarang-jarang dapat pulang bersama dengan isteri.

Lagu ini dicipta dari point of view si sang isteri untuk suaminya. Sang isteri berangan-angan mahu bercuti ke Tibet/Nepal sebagai tempat berbulan madu. Kerana itulah datangnya ayat, ‘puncak dunia kita duga’. Setiap orang yang mempunyai asas geografi, akan tahu yang puncak dunia adalah di Himalaya.

Di situ jugalah wujudnya haiwan mitos Yeti yang dikatakan mendiami tanah tinggi di situ. Mengapa semua ‘pentafsir profesional’ gagal untuk mengulas tentang bait tersebut?

Saya selalu mengidam untuk pergi ke Indochina melalui jalan darat, ‘pergi lebih lama, pergi lebih jauh’. Saya tiada masa untuk meletakkan diri saya dalam fikiran seorang remaja kerana zaman itu telah lama saya tinggalkan.

Saya menulis sebagai seorang dewasa dan jika ada pihak kurang matang yang mendengar lagu saya dan bertindak bodoh, itu bukan hal saya. Saya gemar mengembara, dunia ini ada 196 negara, dan sempadan dunia saya tidak berakhir di Siam. Saya mempunyai kebebasan untuk mengembara dan menceritakannya kepada sesiapa sahaja.

Kalau nak diharamkan kerana lirik, banyak lagi lirik lagu antarabangsa yang perlu diharamkan. Namun setiap antara kita ada pandangan yang berbeza. Apa pendapat korang?

p/s suka menghayati lirik dari sudut yang positif dan bukan sebaliknya

 

(Visited 84 times, 1 visits today)
ARTIKEL POPULAR HARI INI
loading...

28 comments

  1. bersangka baik lebih baik kan..

  2. Lagu ini mungkin terlalu tinggi metaforanya sehigga ada yang gagal memahami setiap bait-bait lirik lagu ini. Saya tidak salahkan penulis lirik kalau orang diluar sana memahami mesej yang ingin disampaikan.

    • yer mungkin juga…adakalanya sesuatu luahan seringkali di salah tafsir oleh orang lain kan

  3. sebenarnya ni benda kecik je pun, nak dibesar2kan.. bergantung pd individu nak tafsirkan sesebuah lirik lagu tu.. yg elok kita ambik la.. buat apa nk ambik side yg xelok pulak.. lgpun seseorg xkan cipta satu2 lirik tu utk suka2 dan suruh org lain ikut.. bg sy la kan, bukan salah org yg buat lirik tu tp mentaliti org yg mentafsir lirik tu mcm mana..

    *alamak, terbebel plak sis.. hehe*

    • sis setuju dengan aisya..semuanya terpulang pada mentaliti sendiri. Rasanya kita tak perlu salahkan lagu ni sebagai penyebab semakin ramai remaja lari dari rumah, sebab remaja itu sendiri dah sepatutnya boleh berfikir yang mana baik dan buruk kan

      • sebab tu org cakap ikut hati mati, ikut rasa binasa.. buat keputusan x rasional.. nk ikut jln pendek jugak, lari dari rumah je.. huhu

        • tulah…diorang ingat bila lari dari rumah..semua masalah selesai..sayangnya diorang tak tau itulah permulaan segala masalah kan

  4. ada banyak lagi lagu2 dari luar yg liriknya lebih negatif yg perlu lebih diberi perhatian…ermm

    • puteri setuju, kalau nak diharamkan lirik yang ini, maka lirik-lirik lagu lain pun perlu dikaji juga kan

      • soal lagu tempatan yg di salah kan sbb kononnya ada unsur2 negatif bukan laa cerita baru….dulu pun dah pernah berlaku….mungkin sifat pilihan kasih dan ‘anak tiri’ artis tempatan masih lagi menguasai minda sesetengah orang atau pihak di negara ini….ermmmm

        • mungkin dah sampai masanya perlu ada guideline dalam menghasilkan karya..agar benda seumpama ini tak berlaku lagi 🙂

  5. Fikirkan satu lirik yang positif bawaku pergi…
    contoh:
    Bawaku pergi ke Masjid mendengar kuliah pengajian dan ceramah agama…

  6. sy ada ubahsuai lirik ni utk versi sy sendiri.. antara nk publish entry atau x saja skrg, huh…

  7. lagu dan sekadar hiburan sahaja kenapa terikut sangat,
    org nak lari dari rumah bukan sebab satu lagu ni.

  8. Pengunaan ayat metafora gagal difahami. Saya tidak salahkan penulis lirik kalau ada peminat diluar sana gagal menafsir lirik.

  9. bila dah layan lagu ni, bru perasan yang ia ada unsur negatif..mengalakkan lari dari rumah dengan pasangan

  10. kalau jadi diharamkan pun, masih jga org dpt dengar..

  11. salam… sori la kalau bagi pendapat yang daif. pasal lagu ni x nmpk langsung untuk husband wife, more to kekasih. masalah nyer, dalam seni, warna hitam pn nk nmpk putih. berseni pn, kalau pun x wat pahala, jangan la ajak org wat dosa. muvie, gamba, lagu… etc, sume ni hasil seni. mampu mempengaruhi jiwa anak muda yang dangkal… percayalah, sebelum kena kat batang idung kite…

    • pada puteri sebelum kita menciptakan sesuatu kita perlu fikir dari pelbagai aspek..terutamanya cara penerimaan orang nanti. mungkin dah sampai masanya untuk meletakkan guideline agar karya-karya seni yang terhasil lepas ini lebih bersesuaian dengan semua 🙂