Friday , 15 December 2017
Home » berita » Akibat Gagal SPM, Remaja Minum Racun

Akibat Gagal SPM, Remaja Minum Racun

Akibat Gagal SPM | Remaja Minum Racun Akibat Kecewa Dengan Keputusan SPM | Seorang remaja yang bernama E.Premkumar, nekad meminum racun kerana kecewa dengan keputusannya dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia SPM.

Remaja tersebut mati ketika menerima rawatan di Hospital Melaka pagi semalam.

Menurut cerita bapanya, semasa pergi mengambil keputusan, anaknya meminta RM20 daripanya dengan alasan ingin keluar minum bersama rakan-rakan namun tidak lama kemudian dia ditemui tidak bermaya.

Premkumar dikatakan mengalami tekanan emosi setelah gagal dalam SPM.

Isu nekad bunuh diri kerana kecewa dengan keputusan, bukan lagi satu isu baru. Malah hampir setiap tahun pasti ada kes-kes sebegini.

Pelajar-pelajar perlu faham bahawa keputusan yang cemerlang bukan segala-galanya. Tidak masuk kita gagal di alam persekolahan, kita akan gagal selamanya.

Selagi ada usaha, jangan jadikan kegagalan itu menjadi pemusnah masa depan. Bangkit dari kegagalan dan terus berjuang.

Takziah buat keluarganya

 

(Visited 551 times, 1 visits today)
ARTIKEL POPULAR HARI INI
loading...

8 comments

  1. Pemikirannya terlalu singkat, cepat putus asa… apa boleh buat, nasi sudah jadi bubur….sadis!

  2. dah masuk uni nanti xmembantu langsung pun result spm tu.. just nak tentukan mana hala tuju kite je..

  3. Inilah akibatnya jika perkembangan intelektual tidak diseimbangkan dgn perkembangan Emosi dan Rohani…

  4. jiwa kacau laaa nih.