Kuih Lapis

 

Selamat pagi korang

 

Entri ini sepatutnya publish beberapa hari yang lepas, tapi disebabkan kebizian yang melanda, so hari ni je baru dapat buat entri ni.

 

Hari sabtu yang lepas, puteri telah cuba membuat kuih lapis. Dulu pernah juga cuba buat, masa tu ambil resipi dari buku masakkan, tapi bila kuih lapis dah siap, rasanya macam kureng je. So terus reject resipi tu.

 

Nak dijadikan cerita, beberapa minggu yang lepas, kakak kesayangan puteri telah tag puteri kat Facebook. Kakak puteri yang seorang ni memang terer memasak. Masakkan dia semua nyum nyum. Gambar yang dia tag kat puteri adalah gambar kuih lapis. Bila tengok je gambar tu, terus nak try buat.

 

Time tu juga puteri godek blog dia. Blog kakak kesayangan puteri ni memang penuh dengan resipi yang simple dan sangat menyelerakan. Bila dah jumpa dengan resipi kuih lapis tu, puteri terus gi kedai dan beli bahan-bahannya. Tapi sayangnya tiada pewarna biru. So kuih lapis puteri kali ini tidak mempunyai lapisan biru.

 

Jom layan gambar-gambar yang sempat puteri ambil semasa menyediakan kuih lapis tu.

 

Macam water colour je kan…hehehe

 

baru di keluarkan dari pengukus…pink wajib ada..hehe

 

lepas dah keluarkan dari dulang…berkilat kan..

 

cantik tak warnanya?

 

siap di potong…sedia untuk di ngap…nyum nyum

 

So macam mana kuih lapis hasil tangan puteri? Ada sesiapa nak rasa? kenalah wat sendiri…hehehe

 

Kalau nak resipinya..boleh sahaja korang mendapatkannya di blog kakak kesayangan puteri ——-> KAKCU


 

(Visited 101 times, 1 visits today)
ARTIKEL POPULAR HARI INI
loading...

28 thoughts on “Kuih Lapis

Comments are closed.