Tuesday , 21 November 2017
Home » Resipi » Popia Goreng

Popia Goreng

 

Sejak kebelakangan ini, line internet aku ni sering meragam. Agak sukar nak update blog, apatah lagi nak balas kunjungan dan blogwalking. Jadi aku nak minta maaf la kat you all kalau aku agak lambat singgah ke blog you all yer.

Anyway untuk entri kali ini…aku nak share resipi popia goreng plak. Sedap tau kalau cicah dengan sos cili. Lagipun bukan susah nak buat dan agak murah kalau nak dibandingkan dengan beli kat luar tu. Jom cuba sendiri.

POPIA GORENG

BAHAN-BAHAN

Kulit popia

Minyak untuk menggoreng

BAHAN-BAHAN untuk inti

Daging ayam, udang atau ketam (dicincang) (terpulang pada citarasa sendiri)

Lobak merah (disagat)

Sengkuang (disagat)

1 sudu makan kicap pekat

2 ulas bawang putih (dicincang)

Garam secukup rasa

CARA MEMBUAT

1) Untuk membuat inti – Goreng bawang putih. Tambahkan daging, lobak merah, sengkuang, kicap pekat dan garam. Setelah masak, biarkan sejuk seketika.

2) Ambil sehelai kulit popia, isikan dengan inti tadi. Lipat seperti membuat kuih gulung.

3) Panaskan minyak. Goreng popia dengan api yang sederhana.

4) Apabila nampak kekuningan, angkat dan tuskan minyak.

 

Selamat menikmati popia buatan sendiri 😀

 

 

 

 

(Visited 258 times, 1 visits today)
ARTIKEL POPULAR HARI INI
loading...

6 comments

  1. Kat bazar ramadhan skrg rm1 sebiji…gila mahal

  2. hem… kalau buat sendiri leh letak inti dia banyak kan.. lagi satu berapa beso pon leh buat kan..

    tapi aku x suka kalau minyak banyak…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *