Friday , 15 December 2017
Home » Resipi » Kerang Pedas

Kerang Pedas

 

Siapa suka makan kerang? Kalau suka, you all bolehlah try resipi kerang ni. Tapi masa aku masak resipi ni haritu, aku letakkan cili banyak sangat sampai terasa berapi je dalam perut comel aku. Jadi untuk entri ini aku dah kurangkan sikit cili untuk resipi tu, tapi kalau sesiapa tu yang ada perut kebal, bolehlah tambahkan cili yer..hehhe

KERANG PEDAS

BAHAN-BAHAN

Isi kerang

2 biji limau kesturi (diambil jusnya)

1 labu bawang besar (dihiris)

2 sudu minyak masak

Garam secukup rasa

BAHAN-BAHAN untuk dikisar

5 biji cili api (haritu aku letak 15)

2 biji cili merah

6 biji bawang merah

2 ulas bawang putih

CARA MEMASAK

1) Panaskan minyak dan tumis bahan yang telah dikisar tadi.

2) Masukkan kerang, bawang besar, jus limau dan garam.

3) Goreng buat seketika.

Ok dah pun siap. Kalau tengah busy pun boleh je masak resipi ni. Yang penting ada kerang dalam peti sejuk tu..selamat mencuba 😀

 

 

(Visited 111 times, 1 visits today)
ARTIKEL POPULAR HARI INI
loading...

20 comments

  1. baru 2 hari lepas ,istri zackj masak kerang ni…sedap owooo

  2. feveret uncle nih

  3. tersalah kasi link..minta maaf

  4. Nah teaser lagi…adeh lapaq…

  5. tengok kerang tu, tak sabar nak balik kampung nak makan kerang!

  6. tak suke mkn kerang sbb leceh nk kopek.. huhu

  7. ha nie mmg aku x makan sebab aku kalah dengan kerang, nanti muntah2… aku mmg kalah dengan seafood yang bercengkerang…
    kecuali ketam…

    PK.. lauk ketam goreng bercili atau ketam masak lemak yer… aku nak datang rumah berbuka… boleh ?

    hemmm entahlah

  8. +Wow!,
    Siyes nak!masak la kat acid!

  9. masak kerang malas! tapi makan kerang mmg suka! hehehehe