Tuesday , 21 November 2017
Home » Resipi » Asam Pedas Ikan

Asam Pedas Ikan

 

Hari ini aku nak share pula ngan you all lagi satu resipi yang sememangnya sedap. Bolehlah you all try memasaknya sebagai juadah berbuka esok.

ASAM PEDAS IKAN

Bahan-bahan

500 gram  ikan (semalam aku gunakan ikan selar je)

bendi

tomato

1/2 cawan air asam jawa

daun kesum

3 cawan air

minyak masak untuk menumis

garam secukup rasa

 

Bahan untuk dikisar

20 tangkai cili kering

1 labu bawang besar

3 biji bawang merah

3 ulas bawang putih

1 sudu teh sebuk kunyit

 

Cara Memasak

1) Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang telah dikisar sehingga pecah minyak.

2) Masukkan air asam jawa dan air dan renehkan sehingga mendidih.

3) Masukkan ikan, daun kesum dan bendi. Biarkan mendidih lagi.

4) Masukkan tomato dan garam. Biarkan sehingga sayur lembut.

 

Simple tetapi sedap bila dimakan dengan nasi putih dan ikan masin. Cubalah 🙂

 

 

(Visited 65 times, 1 visits today)
ARTIKEL POPULAR HARI INI
loading...

22 comments

  1. nyam nyam sedapnyeeee

  2. nyum22…sedap2..suke gak mkn asam pedas ni..dpt pure punya maaaak aih, memang bertambah22222 la sedapnya

  3. biasa kalau nak lagi sedap letak sawi jeruk.. dan sedikit ketubar pergh.. melelah ooo….

  4. nak rase tp xnak masak..tolong masak bleh x??hehehe..

  5. pehh, memang terbaik la kak! sedap woo..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *